Sunday 3 March 2013

Diet Selepas Bersalin


Entry kali ni pasal diet selepas bersalin..hehe...dalam sibuk- sibuk menunggu hari untuk bersalin ni, sempat la saya search pasal diet dalam pantang ni..
Mungkin ramai yang tertanya- tanya apa yang patut kita makan selepas bersalin...sebab kalau ikut nasihat orang dulu- dulu banyak pantan larangnya...kat sini saya nk share dengan kawan- kawan semua sket info sihat yang saya cari gali...selamat membaca dan beramal...
Apa yang patut saya makan selepas bersalin?
Teruskan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat sebagaimana yang diamalkan semasa anda hamil. Beri tumpuan kepada pengambilan bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan yang kaya dengan protein, kalsium dan zat besi. Berikut adalah kumpulan makanan utama yang anda harus makan setiap hari:
  • Pelbagai jenis bijirin seperti beras, gandum, jagung, barli terutama bijirin penuh. Produk bijirin seperti roti, pelbagai jenis mi dan pasta juga boleh diambil.
  • Sumber protein haiwan seperti telur, daging dan ikan dan/atau sumber protein tumbuhan seperti kacang dal dan kacang soya.
  • Susu dan  produk tenusu seperti susu rendah lemak, yogurt dan keju.
  • Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran segar, sama ada dimakan mentah atau dimasak.
Diet yang seimbang diperoleh dengan mengambil pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan yang dinyatakan di atas. Pengambilan pelbagai jenis makanan dapat memastikan ibu mendapat kesemua nutrien yang diperlukan olehnya. Kepelbagaian makanan juga dapat memastikan nutrien yang terdapat di dalam makanan diserap dengan baik. Contohnya, zat besi daripada sayur-sayuran berdaun hijau akan lebih mudah diserap dengan kehadiran vitamin C daripada buah-buahan. Dalam masa yang sama, pengambilan makanan secara berlebihan pula akan mendatangkan kemudaratan. Contohnya, pengambilan protein secara berlebihan boleh mengakibatkan badan kehilangan beberapa vitamin dan mineral.  
Beri perhatian kepada zat besi dan kalsium
Zat besi
Semasa menyusukan bayi, kebiasaannya ibu tidak kedatangan haid selama beberapa bulan. Oleh itu,  kehilangan zat besi setiap bulan tidak berlaku. Walau bagaimanapun, ibu memerlukan bekalan zat besi yang mencukupi bagi menggantikan kehilangan zat besi semasa bersalin dan sebagai persediaan kedatangan haid yang akan datang. Bekalan zat besi boleh dikekalkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, hati, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin penuh dan buah-buahan kering seperti kismis. Ibu yang  mengalami anemia perlu mengambil suplemen zat besi.

Kalsium
Keperluan bagi kalsium semasa menyusukan bayi adalah tinggi kerana susu ibu mengandungi kalsium.  Apabila paras kalsium di dalam darah ibu tidak mencukupi untuk ibu dan bayinya, kalsium yang tersimpan di dalam tulang ibu akan dikeluarkan untuk menghasilkan susu dan mengakibatkan jisim tulang ibu berkurangan.  Kehilangan tersebut boleh dicegah dengan pengambilan makanan yang tinggi kalsium.  Sumber utama kalsium adalah susu dan hasil tenusu seperti keju dan yogurt. Walau bagaimanapun, jika ibu tidak menggemari atau alah kepada susu, terdapat banyak sumber kalsium lain yang boleh diambil, termasuk:
  • Ikan dalam tin, seperti sardin, ikan tongkol dan tuna yang dimakan bersama tulangnya. Ikan bilis juga merupakan sumber kalsium yang baik terutama sekiranya dimakan bersama tulangnya.
  • Bijirin penuh dan tepung bijirin penuh.
  • Tauhu dan susu soya.
  • Sayur-sayuran berdaun hijau.
  • Kekacang dan buah-buahan kering seperti kacang walnut, badam, kismis, kurma dan buah ara yang dikeringkan.

with love
suria si matahari

No comments:

Post a Comment