Tuesday 26 March 2013

Kenapa Perlu Kurus?



1. Kesihatan

Kesihatan merupakan sebab utama kita ingin menguruskan badan. Orang gemuk mudah menghidap penyakit berbahaya. Kalau duit banyak tapi badan tidak sihat tidak guna juga. Mahukah kita melihat orang tersayang di sekeliling bersedih akibat kematian kita ataupun kita yang bersedih melihat orang tersayang kita dipotong kaki dan sebagainya. Anda jawab la sendiri.


2. Keyakinan diri

Bila kita gemuk masalah paling utama ialah keyakinan diri tetapi ramai yang cakap jadi siapa diri anda tidak kisah gemuk atau kurus. Tetapi ramai yang menipu diri mereka sendiri kerana ada disudut hati mereka ingin bergaya dan tampil menarik di depan orang ramai.



3. Pergerakan terbatas

Bila badan dah gemuk, tulang pun jadi berat asyik duduk saja ataupun berbaring. Tetapi kita juga ingin begerak seperti kawan-kawan yang lain. Mereka boleh bersukan petang-petang, tapi kita jawab malas lah..ini disebabkan badan kita yang gemuk. Orang yang mempunyai badan yang kurus mempunyai pegerakan yang lebih pantas dan selesa.


4. Susah nak bergaya

Bila kita gemuk memang susah nak bergaya sama bagi lelaki dan perempuan. Kita pun nak pakai macam kawan-kawan kita juga tetapi apakan daya baju tak padan, semua kena pakai baju besar-besar. Pastu pulak baju tiada saiz atau seluar tiada saiz maka perkara ini amat menyusahkan bagi individu gemuk.


5. Pandang rendah masyarakat

Memang lumrah manusia sukakan kecantikan, bagi lelaki mungkin semua hanya melihat perempuan yang berbadan cantik kalau ada perempuan gemuk buat-buat tak nampak sahaja. Sama jugalah dengan lelaki, kalau perut boroi macam ikan buntal takde punya perempuan akan pandang

No comments:

Post a Comment