Bergantung kepada situasi tempat pekerjaan,
ibu boleh cuba mengatur perancangan
bagaimana untuk meneruskan penyusuan semasa
sedang bekerja. Berikut
adalah contoh perancanganyang
bolehdibuat:
1. Sekiranya pejabat
tersebut mempunyai pusat
penjagaan bayi, ibu bolehlah pergi
kepada bayi semasa waktu rehat untuk menyusukan
sendiri bayinya. Dengan
cara ini, ibu tidak
perlu memerah susu
semasa waktu bekerja. Walau bagaimanapun, ibu
masih perlu meninggalkan sedikit bekalan susu
perahan kepada penjaga
bayi, sekiranya ibu mempunyai
kecemasan seperti mesyuarat
gempar dan tidak dapat memberikan susu tepat pada waktunya.
2. Sekiranya tempat
bekerja tersebut mempunyai
jadual waktu bekerja yang
tetap dan mempunyai waktu
rehat yang tertentu, ibu
bolehlah menggunakan peluang
ini untuk memerah susu.
Fikirkan juga tempat
yang sesuai untuk memerah
susu – carilah
bilik yang bersih
seperti surau, bilik stor
atau tandas yag
bersih untuk memerah susu
sekiranya ibu tidak
mempunyai bilik perseorangan di pejabat.
3. Sekiranya ibu bekerja
sendiri dan boleh
membawa bayi bersama penjaga
bayi ke tempat
bekerja, ibu bolehlah membuat kerja
sambil bayi dijaga
oleh penjaganya. Apabila sampai
waktu menyusu,
ibu boleh berhenti sekejap dan menyusukan bayinya.
4. Bagi
sesetengah tempat bekerja
yang amat ketat
waktu bekerjanya, cuba cadangkan
tentang pengubahsuaian waktu bekerja.
Contohnya, ibu boleh
datang setengah jam awal
dari waktu bekerja
biasa dan pulang
lewat setengah jam dari
waktu biasa. Sebagai
pulangan ibu boleh mendapat
dua pelepasan setengah
jam waktu bekerja: sekali di waktu
pagi dan sekali di waktu petang. Ini membolehkan
ibu mendapat 3
kali waktu pelepasan termasuk waktu
tengahari. Waktu pelepasan
ini, boleh digunakan untuk
memerah susu atau
pergi ke tempat penjagaan bayi (jika berdekatan).
5. Bagi
sesetengah ibu mereka
terpaksa bekerja untuk tempoh waktu
yang amat panjang.
Jururawat sering menghabiskan masa
antara 10 ke 12 jam
di dalam wad yang
amat sibuk. Pramugari
yang sering terbang
selama beberapa hari dan
tidak berkesempatan memerah
susu. Untuk ibu-ibu sebegini,
perancangan awal perlu
dibuat terutama semasa di
dalam cuti pantang
lagi. Ibu boleh mula
menyimpan bekalan susu
secukupnya untuk tempoh waktu
bekerja yang panjang.
Selalunya, mereka ini, diberikan
waktu rehat yang
panjang setelah selesai setiap rutin
kerja. Gunakan waktu
rehat ini, untuk menambah bekalan
susu di dalam
simpanan. Sepanjang waktu bekerja,
jika tidak berkesempatan memerah susu, gunakan waktu
pergi ke tandas
untuk memerah sedikit susu untuk meredakan bengkak
payudara.
No comments:
Post a Comment