1. Bagi ibu yang akan keluar bekerja pada umur bayi di bawah 4 bulan, adalah penting bagi ibu tersebut memastikan badannya dapat menghasilkan susu yang cukup untuk keperluan bayi semasa ibu sedang bekerja. Persediaan pemerahan susu harus dilakukan awal sebelum mula keluar bekerja. Ibu juga perlu melatih penjaga bayi untuk memberikan susu perahan mengikut kaedah yang digemaribayi.
2. Jika ibu berpeluang bercuti sehingga bayi mencapai umur 4 atau 6 bulan, bayi tersebut mungkin tidak perlu berlatih mengambil susu perahan (jika waktu bekerja ibu singkat dan bayi sudah mula mengambil makanan tambahan lain seperti bubur nasi semasa ketiadaan ibu)
3. Mencari tempat penjagaan yang sesuai untuk bayi yang menyusu merupakan persediaan penting sebelum ibu keluar bekerja. Jika tempat penjagaan anak itu terletak dekat dengan tempat ibu bekerja, ibu mungkin berpeluang untuk pergi sendiri ke tempat tersebut semasa waktu rehat untuk menyusukan bayinya. Tempat penjagaan bayi tersebut perlulah mempunyai kakitangan yang tahu mengendalikan pelbagai aspek penting yang diperlukan oleh bayi yang menyusu susu ibunya. Berikut adalah antara persoalan yang perlu di ambil kira:
• Tanyakan kepada pusat tersebut jika terdapat sebarang polisi yang bercanggah dengan niat anda untuk memberikan penyusuan susu ibukepadabayi.
• Berbincanglah dengan kakitangannya samada mereka boleh mengendalikan pemberian susu tanpa botol (jika anda mahukan kaedah sedemikian untuk mengelakkan keadaankeliru puting)
• Pastikan kakitangan tempat itu tahu bagaimana rupa susu ibu seharusnya kelihatan. Ianya pasti amat berbeza dengan susu formula terutama apabila susu tersebut telah dibekukan. Biasanya terdapat lapisan lemak susu terapung dibahagian atas. Kadangkala ada orang menyangka susu tersebut telah rosak, padahal tidak sama sekali.
• Berbincanglah dengan penjaga bagaimana anda mahu bayi anda dikendalikan terutama semasa waktu anda pulang dari kerja telah hampir. Anda mungkin tidak mahu anak anda diberikan susu apabila anda telah hampir pulang bekerja kerana anda biasanya pulang dengan payudara yang bengkak dengan susu dan bersedia untuk memberikannya kepada bayi anda.
• Bincang juga bagaimana anda mahu pengendalian susu sekiranya susu perahan anda tidak mencukupi sedangkan anda masih di tempat kerja. Anda mungkin mahu meninggalkan sedikit susu formula sebagai gantian atau anda mungkin hanya mahu bayi anda diberikan air kosong sebagai gantian. Anda mungkin mahu bayi anda diberikan jus buahan yang telah disediakan atau makanan bijirin yang sesuai dengan umur bayi anda. Pemberian keju atau biskut bayi juga boleh dijadikan alas perut kepada bayi mengikut kesesuaian umur
No comments:
Post a Comment