Saturday 16 March 2013

Kenapa Menyusu Penting Bagi Ibu Berkerjaya?



  • Anak  di   bawah  jagaan  orang  lain  seperti   Pusat  Penjagaan Bayi   mudah   terdedah   kepada   pelbagai   jangkitan   yang mungkin   kurang   berbanding   dengan   bayi   yang   berada   di rumah   sepenuh   masa.   Oleh   itu,   bayi   ini   memerlukan perlindungan   tambahan   yang   dapat   diperolehi   melalui pengambilan susu ibu. Anak yang meneruskan penyusuan susu   ibu   didapati   lebih   mudah   pulih   dari   demam   atau jangkitan  penyakit  yang  dihidapi  berbanding dengan anak yang tidak menyusu susu ibu.


  • Penyusuan   susu   ibu   memberi   ibu   peluang   untuk merehatkan   badan  setelah   penat   bekerja   seharian   di pejabat.   Semasa   proses   penyusuan,   badan   ibu   akan mengeluarkan   hormon   oksitoksin   dan   prolaktin   yang memberi ransangan rehat semulajadi kepada ibu. Oleh itu ibu   yang   menyusukan   bayi   mereka   akan   dapat menghilangkan   tekanan   dan   kelesuan   badan   sambil bermanja dengan bayi mereka.


  • Kebanyakan   ibu   mungkin   berasa   bimbang   anak   mereka akan   menjadi   lebih   mesra   atau   akrab   dengan   penjaga anak.   Bagi  ibu   yang   menyusukan   anak  mereka,   keadaan ini   tidak   mungkin   terjadi   kerana   bayi   tersebut   akan sentiasa   menantikan  saat   istimewa  untuk   bersama  ibu yang   menyusukan   mereka.   Saat   istimewa   penyusuan tidak boleh ditukar ganti, hanya ibu yang menyusu sahaja mampumemberikannya. Selain dari yang disebutkan di atas, segala kebaikan mengenai penyusuan   susu   ibu   masih  menjadi   kepentingan   kepada   bayi sama   seperti   bayi   yang   sentiasa   berada   di   bawah   jagaan ibunyadan menyusu sepenuhnya

No comments:

Post a Comment