Saturday 16 March 2013

Risiko Kegemukan




Pada masa kini ramai dikalangan rakyat Malaysia yang mengalami berat  badan berlebihan. Mungkin kerana tabiat pemakanan rakyat Malaysia yang tidak sihat dan juga kurang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam dan bersukan.Tahukah anda jika anda mempunyai berat badan berlebihan anda berada dalam keadaan yang bahaya. Kegemukan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit, antaranya ialah:
  •  Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
  • Strok (angin ahmar)
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes (kencing manis)
  • Paras Kolesterol yang tinggi
  • Kemandulan
  • Gout
  • Sakit di bahagian bawah belakang badan
  • Sukar bernafas
  • Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus
  • Vena Varikos (timbul urat)
  • Penyakit kulit di lipatan peha dan payudara
Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Oleh itu ambillah langkah awal dengan menurunkan berat badan sebelum pelbagai jenis penyakit mendatangi anda.Mengurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat, berlemak, manis adalah salah satu cara mengelakkan berat badan anda bertambah naik. Senaman yang konsisten setiap minggu adalah salah satu cara untuk anda mengurangkan berat badan anda. Pemeriksaan kesihatan seperti kadar kolesterol, kandungan gula dan tekanan darah paling kurang sekali setiap tahun adalah amat perlu untuk memastikan anda sentiasa sihat.

No comments:

Post a Comment