Tuesday 5 March 2013

Kenapa Belum Hamil?


 Antaranya faktor yang mempengaruhi kesukaran untuk hamil :


1) Gangguan Stress : disini faktor latar belakang keluarga dimana gaya ddikan, sejarah silam, personaliti, isu-isu yg terpendam,tuntutan kerjaya dan banyak lagi boleh menyebabkan kegagalan ini. Apabila keinginan untuk mendapat cahaya mata tinggi ia akan menghasilkan stress yang tinggi terhadap pasangan dan akan mempengaruhi usaha yang telah diusahakan.  Jadi tenangkan fikiran anda dan banyakkan berdoa. 

2) Faktor Biologi :  masalah obesiti, gangguan hormon, cyst, endometrosis, haid yg tidak teratur dsbgnya. Keadaan ni juga dkenali Polycystic Ovary dimana suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesihatan pada wanita tersebut. 

3) Polycystic Ovary dan Tidak subur atau mandul :

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak. 

I.          Haid tidak teratur

Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid. 

II.         Gemuk 

Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas. 

III.        Darah haid sikit atau/dan berpanjangan 

Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti. 

IV.        Tumbuh rambut

Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.

4) Faktor Suami : masalah kegemukan,kesuburan dan kualiti sperm yg dihasilkan yang lazimnya berpunca dr tekanan kerja dan merokok.

Ingatlah anak adalah anugerah daripada ilahi, segigih mana pun kita berusaha jika tidak diizinkan oleh yang Maha Esa tidak akan berjaya usaha kita. panjatkanlah doa kepada Maha Pencipta moga-moga doa kita diperkenankan olehNya.

Hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat.

No comments:

Post a Comment