Tuesday 5 March 2013

Masalah Kesihatan Ketika Hamil


Keguguran
Keadaan ini berlaku apabila janin dilahirkan sebelum ia berkembang secukupnya untuk hidup di luar tubuh ibu. Tanda-tanda awal masalah ini adalah seperti pendarahan dan kekejangan. Jika didapati terdapat pendarahan daripada bahagian sulit, segeralah berjumpa doktor. Simpan tuala wanita yang anda pakai untuk memerangkap darah, darah beku dan tisu kerana doktor akan meminta untuk memeriksanya secepat yang mungkin. Imbasan ultrasound dapat membantu menentukan status kehamilan anda. Dalam sesetengah kes, keguguran merupakan satu cara pencegahan semulajadi terhadap kelahiran janin yang tidak berdaya hidup atas berbagai sebab. Keguguran boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang tertentu, tetapi selalunya tiada sebab-sebab yang jelas. Sering kali keguguran seperti ini tidak dapat dielakkan. Biasanya kehamilan anda yang seterusnya tidak akan terjejas, namun anda perlu berehat seketika sebelum merancang kehamilan berikutnya sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Anemia
Jenis anemia yang lazim, terjadi apabila badan tidak memperolehi ferum yang mencukupi untuk membina sel darah merah tambahan yang diperlukan ketika hamil. Mengambil makanan yang kaya ferum selalunya dapat mencegah anemia jenis ini. Ini termasuklah daging merah, makanan laut, hati, kekacang, sayuran hijau dan bijirin yang diperkaya dengan ferum. Tambahan ferum boleh diambil sewaktu hamil kerana keperluan ferum ketika ini adalah lebih tinggi daripada yang biasa terkandung dalam diet. Namun mengambil ferum tambahan akan menyebabkan najis lebih gelap dan lebih keras, oleh itu anda perlu meningkatkan pengambilan cecair dan serat di dalam diet anda. Pastikan anda menyimpan pil ferum di tempat yang selamat dan sukar dicapai oleh kanak-kanak. Terdapat juga jenis anemia yang lebih serius dan jika dikesan ketika pemeriksaan awal di makmal, kehamilan anda akan diawasi dengan teliti. Pastikan anda memaklumkan kepada doktor jika anda atau saudara mengalami anemia atau penyakit berkaitan darah, seperti Talasemia.

Rubela
Rubela selalunya merupakan penyakit yang ringan di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Tetapi jika seseorang wanita dijangkiti sejurus sebelum atau semasa kehamilan, terutama di awal kehamilan, rubela boleh menyebabkan penyakit jantung, buta, hilang deria pendengaran dan lain-lain masalah kesihatan kepada bayi. Elakkan sentuhan secara langsung dengan sesiapa sahaja yang menghidapi rubela atau jangkitan kuman yang lain. Jika anda atau salah seorang anggota keluarga anda telah terdedah kepada rubela, maklumkan kepada doktor dengan segera. Perkembangan bayi anda akan diawasi dengan teliti. Walaupun terdapat vaksin untuk rubela, ia tidak boleh diberi kepada wanita hamil atau wanita yang merancang untuk hamil dalam masa 3 bulan yang terdekat ini. Ingatlah bahawa kebanyakan wanita adalah imun terhadap penyakit ini dan dengan itu bayi tidak menghadapi sebarang risiko.
Sakit Belakang
SAKIT belakang antara rungutan sering kedengaran daripada mulut bakal ibu yang sedang hamil. Lazimnya, ia boleh berlaku pada peringkat awal kandungan dan antara punca masalah ini adalah kandungan yang sedang membesar menyebabkan otot abdomen meregang dan berlaku perubahan pada postur badan.  Perubahan postur ini mengakibatkan pengalihan pusat graviti badan, lantas memberi tekanan ke atas bahagian belakang ibu hamil yang menjadi punca kepada rasa sakit. penambahan berat badan ibu yang keterlaluan ketika mengandung boleh menyebabkan sakit belakang menjadi lebih teruk, manakala pembesaran bayi dalam kandungan juga boleh menekan urat saraf yang mengakibatkan sakit belakang. Beberapa langkah dikenal pasti boleh mengurangkan sakit belakang ketika hamil. Antaranya wanita hamil perlu pastikan postur badan adalah betul ketika berdiri dan berjalan, untuk mengelakkan tekanan ke atas tulang belakang. Berdiri dan bersenang diri dengan postur tegak, meluruskan tulang belakang dan mengecutkan bahagian perut dan punggung dan relaks pada bahagian bahu. Pastikan posisi tidur malam adalah betul bagi mendapatkan rehat yang cukup. Posisi mengiring dengan kedua sendi lutut dibengkokkan sedikit dan letak bantal di antara lutut dapat memberi keselesaan ketika tidur. Untuk bangun dari katil, mengiring dan bengkokkan sedikit paha dan lutut. Gunakan tangan untuk menolak badan anda bangun dari katil. Mandi atau berendam dalam air panas suam juga boleh mengurangkan sakit belakang. Elakkan mengangkat barang berat dengan postur yang salah. Sekiranya langkah-langkah ini tidak dapat mengurangkan sakit belakang anda, berjumpalah doktor untuk nasihat dan pemeriksaan lanjut. Mungkin fisioterapi, ubat tahan sakit atau pengamal akupuntur atau kiropraktik boleh membantu jika anda didapati selamat untuk menerima rawatan berkenaan.

Lenguh & Kebas Kaki
Mekanismanya mudah sahaja kerana berlakunya pertambahan berat badan akibat daripada pembesaran bayi. Pertambahan berat badan ini telah menganggu kitaran darah untuk sampai ke sel-sel kaki dengan sempurna.
Dan tindakan refleks daripada saraf pada sel kaki inilah akan mencetuskan rasa lenguh dan kebas.
Bagaimana untuk mengatasinya?
Bagi wanita yang hamil, kita tidak boleh sewenang-wenangnya memakan ubat. Jadi cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah :-
1) Sentiasa melakukan senaman ringkas termasuk aktiviti  regangan.
2) Baringkan badan, dan angkat kaki ke atas amalkan setiap hari.
3) Boleh sapukan minyak angin pada kaki yang lenguh itu.
4) Minta bantuan suami anda untuk mengurut kaki anda.

5) Boleh mencuba OsteMatrix(kalsium) Shaklee.

No comments:

Post a Comment