Friday 15 March 2013

Menu Bagi Ibu Berpantang




SAYUR DAN BUAH-BUAHAN

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran yang menjalar, sejuk, serta berangin. Contohnya air tebu, cincau, kelapa muda, nenas, jambu, belimbing, durian belanda dan lain-lain. Hal ini kerana akan mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.

ULAM-ULAMAN

Ulam-ulaman yang baik untuk ibu selepas bersalin seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, pegagar, ulam raja dan lain-lain. Ulam ini baik untuk ibu dalam pantang kerana ia mengandungi fiber, zat galian (mineral), dan pelbagai vitamin termasuklah vitamin A, C, dan E bersifat antioksidan.

JENIS IKAN

Ibu selepas bersalin tidak digalakkan makan ikan masin atau ikan kering. Ibu didalam pantang disyorkan memakan ikan segar dan mengelakkan daripada memakan ikan yang berbisa seperti bawal, ikan terubuk, ikan pari serta ikan sembilang. Hal ini kerana boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Mengikut petua melayu, ikan haruan dan yu baik untuk orang lepas bersalin, ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan dapat menyembuh luka. Manakala ikan yu dapat membanyakkan susu ibu.

AYAM DAN JENIS BURUNG

Ibu dalam berpantang digalakkan makan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam dan madu lebah. Iini kerana dapat mengembalikan ketahanan tubuh. Manakala burung puyuh dan merpati baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Berpantang


MAKANAN
BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucukpegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang




Untuk mendapatkan supplement kesihatan Shaklee semasa berpantang, boleh hubungi:

Noorsuriawati Mohd Said
SID: 880379
Sms/ Whatsapp: 0122776827
Fb Page: Mama Palace


*Khidmat nasihat dan rundingan adalah percuma.

With luv,
Mama Adam

1 comment: