Friday 15 March 2013

Tips Kuruskan Badan


Anda Gemuk?Anda sudah putus harapan? Jangan putus asa sebab disini saya akan kongsikan sedikit tips untuk menguruskan badan atau lebih elok perkataan yang digunakan ialah menurunkan berat badan yang berlebihan. Jadi sini saya ingin kongsikan beberapa tips iaitu:

  • 1) Amalkan minum banyak air suam@kosong dan yang terbaik amalkan minum air limau nipis@kasturi suam. Kurangkan dan kalau boleh hentikan pengambilan air yang bergula, bergas, berais dan berperisa.

  • 2) Jangan amalkan minum air berselang dengan makan. Ianya tidak elok dan boleh menyebabkan perut buncit.

  • 3) Elakkan mengambil nasi dalam kuantiti yang banyak. Kalau boleh hanya dua senduk setiap kali makan (senduk nasi biasa jangan plak guna senduk wat dodol). Kalau boleh kurangkan kuantiti nasi. Namun demikian, gajah tak makan nasi pun gemuk jugak..

  • 4) Makan malam lebih awal, kalau boleh sebelum pukul 8 malam.(sunnah selepas maghrib mcm berbuka puasa)

  • 5) Kurangkan/elakkan pengambilan makanan seperti kerang, udang, sotong, ayam serta telur. Lebihkan memakan ikan sebagai sumber protein. (sebab makan ini tinggi kandungan asid urik).

  • 6) Makanlah buah-buahan sebagai ganti snek.

  • 7) Amalkan bersenam selalu kalau malas atau malu, berjalan saja pusing taman permaian sepuluh kali sehari kalau taman permainan tu kecik la..kalau besar lima kali pun dah ok.

  • 8) Elakkan memakan kentang sebab kentang menyebabkan gemuk kekal.


Tambahan:

  • Kunyah makanan perlahan-lahan. Sebaik-baiknya 40 kali untuk penghadaman yang baik. Dalam Islam pun ada disuruh kunyah makanan 40 kali.

  • Puasa sunat. Dapat pahala dan dapat berjimat di samping menguruskan badan. Bila puasa perut akan terbiasa dengan keadaan tak makan.


Dengan izin yang Maha Esa Insyaallah akan ada penurunan berat badan anda tapi yang penting ialah jangan tipu diri sendiri..kalau anda tipu berat badan saya tak naik tapi berat badan anda yang naik..hehe..selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment