Susu bayi anda
sekurang-kurangnya 5 - 6 bulan pertama selepas kelahiran. Kebanyakan ibu perlu
kembali bekerja selepas 2 bulan. Jadi, bagaimanakah anda dapat terus menyusu
bayi. Majikan anda mungkin menyediakan bilik asuhan untuk bayi-bayi pekerjanya.
Jika demikian, bawalah bayi anda bersama ke tempat kerja. Andainya ini tidak
mungkin,anda masih boleh memberi bayi susu ibu. Berikut adalah beberapa panduan
kasar untuk membantu anda :
Bilakah
masa yang sesuai untuk memerah susu :
1. Berlatihlah memerah susu
dengan tangan atau pam satu atau dua minggu sebelum mula bekerja.Anda boleh
melakukannya pada bila-bila saja.
2. Selepas menyusu, parah
susu yang selebihnya dan simpan dalam bekas atau botol yang bersih.
3. Anda boleh juga memerah
dan menyimpan susu setiap kali selepas menyusu jika buah dada anda terasa berat
dan penuh atau jika susu meleleh kelctar.
4. Melalui latihan, anda
dapat menentukan berapa banyak susu yang perlu ditinggalkan kelak.
5. Adalah penting untuk anda
memerah buah dada di tempat kerja setiap 3 - 4 jam. Susu yang diperah bolah
disimpan dan dibawa pulang sebagai bekalan susu untuk bayi keesokan harinya.
Selepas berlatih selama dua minggu, anda
mungkin dapati anda dapat memerah sebanyak empat botol susu sehari dengan 70 -
90ml sebotol.
Bagaimana
menyimpan susu ibu yang telah diperah :
1. Selapas memarah susu ibu
ke dalam bekas yang bersih, segera simpan dalam peti sejuk atau bekas yang
mengandungi ais. Susu ini handaklah digunakan dalam masa 24 - 48 jam.
2. Jika tiada peti sejuk
atau bekas yang mangandungi ais, simpan susu perahan di tempat yang sejuk
sahingga lapan jam.
3. Jangan sekali-kali
mencampurkan susu yang barn diperah dengan susu parahan yang telah disimpan.
Bagaimana
menggunakan susu ibu yang telah disimpan :
1. Sebelum digunakan,
biarkan susu tersabut kembali ke suhu bilik. Jika perlu, masukkan bekas dengan
susu berkenaan dalam semangkuk air panas.
2. Jangan sekali-kali
memasak susu ibu.
3. Andainya tugas anda
memerlukan anda keluar rumah selama beberapa hari, anda bolehlah membekukan
susu perahan anda dalam baberapa bekas dalam kuantiti yang sedikit. Untuk
mancairkannya, pegang bakasnya di bawah air mengalir. Seterusnya,perlahan·lahan
panaskan susu dalam mangkuk mengandungi air panas sehingga ia mencapai suhu
bilik.
4. Jangan sekali-kali
membekukan semula susu yang telah dicairkan.
5. Biarkan pengasuh bayi
anda berlatih menyusukan bayi dengan susu ibu yang telah diperah.
6. INGAT ! Untuk mengekalkan
bekalan susu anda, anda perlu menyusu bayi atau memerah susu anda
sekurang-kurangnya setiap 3 jam. Oleh itu, teruskan menyusu bayi anda selepas
kerja, di waktu malam dan pada hari-hari cuti dan jangan lupa memerah susu bila
berada di pejabat
No comments:
Post a Comment