Tuesday 26 March 2013

Teknik Perahan Susu



imgp2055
Mengapa perlu memerah menggunakan tangan?

  1. Mungkin ibu tak sangka akan berjauhan dengan bayi selepas melahirkan kerana sebarang kes kecemasan
  2. Ibu belum membeli pam
  3. Breast terasa penuh dan bengkak
  4. Ingin menambahkan production susu (Perah 3 jam sekali)
  5. Pam yang dibeli ibu tidak sesuai dan menyakitkan payudara ibu
  6. Ibu ingin menyapu sedikit susu pada nipple bagi kes nipple crack
  7. Ibu terlupa bawa pam atau aksesori ke ofis (Tiada alasan tidak mengepam lagi ye..hihi)

STEP 1 : Letakkan jari anda dalam bentuk C di bahagian luar aerola
Hati hati daripada terlalu rapat dengan nipple
Bagi ibu yang mempunyai aerola yang agak besar,
Agak agak letakkan jari anda di mana mulut bayi anda berada setiap kali menghisap susu


STEP 2 : Tekan inwards ke dalam bahagian tulang dada anda

imgp2058
STEP 3 : Picit ke bahagian dalam nipple
Buat 5 ke 10 kali perahan 
imgp2059
STEP 4 : Dan buat pusingan membulat sekeliling luar aerola anda
imgp2060
Masa diambil 15 ke 20 minit sebelah breast
Dimana sehingga breast rasa kosong

Nota : Anda tidak perlu menumbuk2 breast, mahupun memicit mana mana bahagian lain breast kerana dibimbangi akan mencederakan tisu payudara dan menyebabkan blocked duct. 
imgp2061
Tangan anda mengampu payudara dan bukannya ‘memicit’ payudara kerana konsepnya mudah dimana bahagian yang terlibat dan dihisap bayi semasa feeding time disitulah bahagian yang perlu dipicit bagi mengeluarkan susu
perah-asi

No comments:

Post a Comment