Thursday 11 April 2013

Makanan Seimbang Semasa Menyusu




Kenapa penting diet seimbang semasa menyusu ? 

Ini adalah kerana :

  • menggantikan tenaga yang digunakan semasa menyusu bayi 
  • menggalakkan penghasilan susu badan 
  • mengurangkan berat badan berlebihan semasa mengandung 

Apakah Panduan Asas Pemakanan?

  • Kepelbagaian- Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien 
  • Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh. 
  • Kesederhanaan - Mengehadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol 
  • Aktiviti - Menyeimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian 

Kuantiti Makanan yang perlu diambil?


Piramid Makanan 



















Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan 

Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti





Saranan sukatan: 12 hidangan/sehari


Satu hidangan Bijirin: 

* ½ cawan nasi 
* ½ cawan mi/mihun/pasta 
* ½ tosai 
* ⅓ capati 
* 1 keping roti (putih/gandum) 
* 1 cawan bubur nasi kosong 
* 3 biskut tawar 
* 3 sudu makan oat (tidak dimasak) 


Paras 2 : Buah dan Sayur





Saranan sukatan: 3 - 4 hidangan/sehari


Satu hidangan Sayur : (3 - 4 hidangan) /sehari 

* ½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak) 
* 1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak) 

Satu hidangan Buah : (3 - 4 hidangan) /sehari 

* 1/2 biji jambu, mangga 
* 1 biji pisang, epal, lai, pir, oren pear, orange 
* 1 potong betik, nenas, tembikai 
* 3 biji kurma 
* 4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur 

Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging





Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari


Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam: 

* ½ ketul paha ayam (saiz sederhana) 
* ½ ekor ikan kembung (saiz sederhana) 
* 2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis) 
* 1 biji telur 


Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu





Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari


Satu hidangan Susu dan Produk Susu 

1 gelas susu (250ml) 
4 sudu makan susu tepung 
1 cawan dadih 
1 keping keju 

Paras 5: Minyak, Garam dan Gula






Saranan sukatan : Kurangkan 


Apakah Nutrien Tambahan Semasa Menyusu?


Kalsium 

Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau. Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium. Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet.
Kalsium Shaklee: Ostematrix - Kalsium , Magnesium & Vitamin D





Lebih daripada Sekadar Kalsium


OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.


Vitamin A 

Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren 
Vitamin A Shaklee: Carotomax





CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:


  • Memelihara kesihatan yang baik. 
  • Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu. 
  • Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. 

Vitamin B Kompleks 

Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati. 

B Complex Shaklee: B Complex 





B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

• B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
• Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.


Vitamin C 

Sumber : buah–buahan (oren, betik, kiwi).

Vitamin C Shaklee:  Vita-C 



Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Protein

Sumber :  ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan sebagainya

Protin Shaklee: ESP Isolate Powder



Shaklee ESP:
  • Membekalkan sumber tenaga dan membantu menahan rasa lapar.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting.
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti bermula dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Anda boleh mencuba set menyusu Shaklee dan boleh hubungi kami.

No comments:

Post a Comment