Thursday 11 April 2013

Hipertensi Semasa Hamil




Apakah Hipertensi Semasa Hamil?

Pernahkah anda mendengar penyakit tekanan darah tinggi atau juga dikenali sebagai hipertensi berbahaya pada jantung, otak mahupun buah pinggang, anda juga harus berwaspada sekiranya merancang untuk hamil. Ini kerana salah satu ancaman kesihatan paling serius dan kerap berlaku sepanjang tempoh kehamilan ialah tekanan darah tinggi.  Sehubungan itu, pemeriksaan berkala penting bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan janin dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah proses kelahiran. Hipertensi semasa hamil merupakan keadaan di mana tekanan darah wanita hamil meningkat melebihi paras normal.

Siapakah Yang Berisiko Mendapat Hipertensi Semasa Hamil?

  • Pertama kali hamil
  • Berumur kurang dari 20 tahun atau lebih dari 35 tahun.
  • Kandungan kembar
  • Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti sebelum hamil
  • Wanita yang menghidap hipertensi dan diabetes.
  • Sakit kepala yang teruk / kerap.
  • Penglihatan kabur
  • Rasa tidak sihat.
  • Sakit ulu hati
  • Loya dan muntah
  • Bengkak seluruh badan (muk sembab, tangan dan kaki bengkak)
  • Sesak nafas

Jika anda mengalami tanda-tanda amaran ini, segera dapatkan pemeriksaan di klinik untuk mendapatkan kepastian mengenai:

  • Tekanan darah
  • Berat badan
  • Air kencing

Jika anda disahkan menghidap hipertensi semasa hamil:

  • Ikut nasihat doktor
  • Makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan
  • Dapatkan rehat yang secukupnya
  • Kurangkan penggunaan garam dalam makanan

Apakah yang terjadi sekiranya hipertensi tidak dirawat?

Kesan kepada ibu

  • Sawan
  • Strok
  • Tekanan darah semakin meningkat dan tidak terkawal
  • Sesak nafas
  • Fungsi buah pinggang dan hati terjejas menyebabkan protein terdapat di dalam air  kencing (air kencing kelihatan kotor)
  • Uri terpisah dari rahim (mengakibatkan bayi mati dalam kandungan)
  • Darah gagal membeku

Kesan kepada bayi

  • Mati dalam kandungan
  • Kurang berat lahir
  • Kelahiran tidak cukup bulan

Berbincanglah dengan anggota kesihatan jika bercadang untuk hamil, sekiranya anda:

  • Penghidap hipertensi
  • Mempunyai sejarah hipertensi semasa hamil
  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap hipertensi semasa hamil.

Rawatan
Satu-satunya rawatan untuk hipertensi ialah dengan melahirkan bayi. Ini kerana sebelum ibu mendapat serangan sawan, ia boleh mengancam nyawa kedua-duanya. Bagaimanapun, kelahiran ini hanya boleh dilakukan sekiranya janin telah mencecah usia 32 minggu atau matang atau terdapat kemudahan yang lengkap di unit neonatal. sesetengah unit neonatal yang dilengkapi dengan kemudahan canggih boleh menyelamatkan bayi yang tidak cukup bulan.
Sekiranya janin tidak cukup bulan, doktor akan memantau kesihatan ibu dan janin sehinggalah janin tersebut berada di tahap yang selamat untuk dilahirkan. Bagaimanapun, jika terdapat tanda-tanda kesihatan ibu berada pada tahap berbahaya, maka bayi terpaksa dilahirkan walaupun tidak cukup bulan.


No comments:

Post a Comment