Friday 19 April 2013

Inginkan Anak?



Siapa yang tak inginkan zuriat bila sudah mendirikan rumah tangga. Anak adalah anugerah ALLAH yang tiada tolak bandingnya dengan wang ringgit. Anak- anak merupakan saham akhirat buat kedua ibu bapanya.. Kehadirannya menjadi pengikat kasih sayang suami isteri. Namun tidak semua pasangan suami isteri begitu mudah mendapat zuriat. Ada yang cepat dan ada yang bertahun menanti barulah dikurniakan cahaya mata. 

Orang senang bercakap rezeki masing-masing. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Saya juga pernah mengalami saat- saat ini bila mana selalu dihujani dengan soalan " bila nk mengandung?" " dah mengandung ke belum?". Sesungguhnya itu semua ketentuan Allah yang Maha Esa. Apa yang penting kita berusaha, berdoa kepadaNya.

Alhamdulillah setelah genap setahun kami mendirikan rumah tangga, saya disahkan hamil. Memang tersangat gembira dan bersyukur kepada Allah atas rezeki yang Allah berikan.2 bulan saya disahkan hamil saya ada mengambil vitamin shaklee (set D) dan  GLA Complex untuk mencantikkan kulit dan untuk kesuburan. Bukan percaya kepada vitamin/ supplement, tetapi In Sha Allah usaha dan doa yang kita lakukan akan membuahkan hasil. Jadi, jangan berputus asa sekiranya lambat mendapat cahayamata.

Faktor Sukar Mendapat Cahayamata
  • Kitaran haid tidak menentu sama ada 2 kitaran haid dalam sebulan   atau 1 kitaran haid dalam masa 2@3 bulan.
  • Wanita yang darah haidnya terlalu banyak dan lama beserta dengan senggugut.
  • Berat badan berlebihan antara punca tidak subur


Punca Wanita Tidak Subur.
  • Kegagalan berovulasi atau kegagalan menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  •   Penyakit kelamin
  •   Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  •   Merokok
  •  Pengambilan kafein yang berlebihan
  •  Terlalu kurus atau gemuk.
  •   Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan dapatkan harga istimewa untuk set kesuburan wanita ini. Tips eksklusif dan cara pemakanan akan diberikan kepada mereka yang membeli dangan saya sahaja. 


PERINGATAN:
Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.

No comments:

Post a Comment