Thursday 14 March 2013

Diabetes Mellitus



Apakah itu diabetes?
 
Diabetes dengan bahasa yang mudah difahami ialah kandungan gula yang tinggi dalam darah. Jadi kalau kita pergi membuat pemeriksaan kesihatan dan kita dapati kandungan gula dalam darah kita melebihi  aras 6 maka kita boleh dikatakan mengandungi kandungan gula yang melebihi tapah normal. Paada tahun 2011 seramai 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes. Kenapa pekara ini terjadi?itu adalah persoalan yang timbul disetiap benak penghidap kencing manis atau diabetes. Pekara ini terjadi disebabkan oleh pengambilan gula yang tinggi dalam diet harian. Untuk makluman semua tubuh kita tidak perlu pun gula pasir akan tetapi itu bahan yang menjadi buruan setiap manusia. Jika minuman tidak manis dalam majlis, kutukan kita berikan kepada majlis tersebut...apa punya majlis meriah bukan main tapi nak beli gula pun tak mampu...itu lah yang sering dikatakan jika terminum minuman yang tawar. Sebenarnya lebih baik kita minum air kosong saja daripada kita meminum minuman manis.

Siapa yang layak mendapat Diabetes?
1. Orang yang selalu minum air manis setiap kali makan
2. Individu yang setiap hari akan mengambil setin minuman bergas
3. Individu yang gemar makanan manis setiap hari
4. Berumur 30 tahun keatas
5. Berat badan berlebihan atau obesiti.
6. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
7. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
8. Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ).
9. Tekanan darah tinggi
10. Tidak aktif -gaya hidup sedentari
11. Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
12. Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Dua jenis diabetes
Terdapat dua jenis diabetes utama:
Jenis 1 - Diabetes yang bergantung pada Insulin
o    Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja yang mengalami masalah    
      pangkreas
o    Biasanya pangkreas tidak dapat menghasilkan insulin secara normal

Jenis 2 – Diabetes yang tidak bergantung pada insulin
o    Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Apakah tanda-tanda amaran diabetes?
Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutamanya pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:
  • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
  • Letih
  • Berat badan menurun
  • Penglihatan kabur
  • Otot lemah
  • Gatal
Lain-lain gejala termasuk:
  • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas
Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.

Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
Kerosakan jangka panjang:

1. Mata - rabun dan buta
2. Saraf- Kebas atau kehilangan deria rasa 
3. Otak - strok
4. Buah pinggang - Kegagalan buah pinggang
5. Jantung - Sakit jantung

Cara mencegah daripada mendapat diabetes?
1. Jangan ambil gula pasir dalam diet harian anda
2. Makan makanan berkhasiat (kurang lemak, kurang gula, kurang kolesterol)
3. Lakukan aktiviti fizikal
4. Kuruskan badan dapatkan BMI normal

No comments:

Post a Comment