Thursday 14 March 2013

Kekuningan Pada Bayi Baru Lahir




Apa itu jaundis?
Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.

Apa itu bilirubin?
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Adakah sering terjadi jaundis di kalangan bayi?
Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?
1. Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
2. Peningkatan kekuningan yang cepat.
3. Bayi anda mengalami defisiensi G6PD.
4. Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
5. Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
6. Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.



Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?
Kadar indirect bilirubin (kekuningan) yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:
1. Gangguan pendengaran di mana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
2. Kerosakan otak yang teruk (kernicterus).
( Oleh itu, intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk)

Apakah rawatan yang diberikan?
Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:
1. Rawatan foto
2. Pertukaran darah
3. Ada pendapat daripada orang tua bagi bayi kita minum susu kambing

Pencegahan jaundis
Bagi mencengah jaundis atau kenuningan pada bayi yang baru lahir disarankan kepada ibu yang sedang mengandung untuk mengambil sengkuang cina sekerap yang mungkin.(petua)

Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?
Dapatkan rawatan di Hospital dengan kadar seberapa segera kerana ia mungkin akan menyebabkan masalah kepada bayi anda.

No comments:

Post a Comment