Thursday 7 March 2013

Mitos Diet Kuruskan Badan


MITOS 1 :  “Makan sayuran sahaja boleh kurus”

Fakta : Pengambilan sayuran pun boleh membuatkan anda GEMUK! Jika diambil sesuka hati, ia boleh menyebabkan masalah nutrisi, vitamin & protein. Pengambilan seperti biskut sayuran. kerepek kentang atau aiskrim akan meningkatkan berat badan anda sebenarnya kerana dalam sesetengah sayuran atau buahan mengandungi kandungan gula yang tinggi.

MITOS 2 : “Makanan ringan tanpa lemak baik untuk mengecilkan pinggang”

Fakta : Walaupun produk ini tidak mengandungi lemak tetapi ia mempunyai jumlah kalori yang sama. Kajian yang dijalankan mendapati mereka yang mengambil secara sederhana dapat mengurangkan berat badan dua kali lebih banyak dari mereka yang mengambil makanan rendah lemak.Cubalah mengambil makanan rendah kalori seperti avocado, kacang & kelapa.

MITOS 3 : “High Protein Diet adalah cara terbaik mengurangkan lemak”

Fakta : Cara ini akan menjurus kepada pengambilan protein yang lebih banyak. Elakkan diet ini dengan cara mengambil protein, karbohidrat & lemak yang seimbang. Pengambilan protein yang banyak boleh menyebabkan masalah buah pinggang.

MITOS 4 : Kurang pengambilan karbohidrat boleh mengurangkan berat badan”

Fakta : Karbohidrat adalah sumber tenaga. Ada beberapa jenis kerbohidrat yang kaya dengan vitamin, nutrisi & serat untuk membuatkan anda merasa kenyang. Mengurangkan kerbohidrat bukan sahaja akan mengurangkan sumber vitamin B & serat tetapi boleh mengurangkan kapasiti badan untuk mendapatkan mood yang baik.

MITOS 5 : “Minuman diet lebih cepat mengurangkan kalori”

Fakta : Minuman diet lebih cenderung meningkatkan nafsu makan. Kajian yang dijalankan mendapati 70% daripada individu yang mengambil minuman soda diet lebih 2 gelas sehari akan mempunyai lingkaran pinggang yang lebih besar berbanding dengan mereka yang tidak minum soda diet. Anda boleh gantikan minuman soda diet dengan teh lemon atau jus.

No comments:

Post a Comment