Sunday 3 March 2013

Diabetes Semasa Hamil





Apakah yang dimaksudkan Diabetes Mellitus semasa kehamilan?

Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain?

Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan sama ada Diabetes Mellitus Jenis 1 (Type 1) atau Jenis 2 (Type 2). Sebelum ini Diabetes Jenis 1(Insulin Dependent Diabetes Mellitus, IDDM) dan Jenis 2 (Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus, NIDDM). Lebih 90% pesakit Diabetes menghidap Diabetes Jenis 2. Bagi kes Diabetes Jenis 1, insulin yang dihasilkan oleh sel beta-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung. Manakala bagi Diabetes Jenis 2, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit Jenis 2 biasanya mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk. Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) . Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.3 Semakin plasenta membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Lazimnya, organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian nanti.


Adakah GDM kerap berlaku?

Dikesan selepas minggu ke 24 kehamilan dan berlaku kepada 1-14% peratus wanita hamil setiap tahun.4 Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang di kandung.

Siapakah yang berisiko mengalami GDM?

Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes berisiko tinggi menghidap GDM. Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:

- Sejarah keluarga menghidapi diabetes
- Wanita berumur (> 25 tahun)
- Berat badan yang berlebihan sebelum hamil
- Menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu
- Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan  (polihidramnios), keguguran
- Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (>4kg) ketika kelahiran terdahulu, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat
- Jangkitan Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit

Venous plasma glucose (mmol/l)
Fasting2 hours post glucose load
Normal< 6.1< 7.8
GDM-> 7.8

Gejala/ Tanda
Tidak menunjukan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko.

Doktor akan menjalankan ujian darah Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) ke atas anda untuk mengesan GDM sama ada semasa lawatan pertama jika anda berisiko tinggi atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, jika risiko anda tidak begitu tinggi. Jika ujian pertama untuk wanita yang berisiko tinggi negatif, maka ujian kedua perlu dilakukan antara minggu ke 28 hingga ke 32.

Apakah ujian OGTT/ MGTT?

Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya.

Interpretasi hasil ujian

Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian OGTT ini tetapi doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut jika anda berisiko tinggi.










No comments:

Post a Comment